klik here! nuff

Monday, July 2, 2012

KESENIAN, KEBUDAYAAN DAN HIBURAN DI MALAYSIA

           Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum.... keunikan terletak pada kesenian, kebudayaan dan hiburan setiap kaum atau etnik...kali nih aku nak share kan serba sedikit :

1.     WAYANG KULIT (Kesenian, Kebudayaan, & Hiburan Melayu Kelantan)

KESENIAN
salah satu puncak seni budaya melayu Kelantan. Budaya wayang meliputi seni peran, seni suara, seni musik, seni tutur, seni sastra, seni lukis, seni pahat, dan juga seni perlambang.

KEBUDAYAAN
Wayang kulit adalah salah satu unsur kebudayaan Melayu peninggalan warisan
yang mengandungi nilai-nilai seni, pendidikan dan nilai yang tinggi dan benar-
benar berharga untuk dipelajari dengan sedalam-dalamnya.

HIBURAN
Budaya wayang, yang terus berkembang dari zaman ke zaman, juga merupakan media penerangan, dakwah, pendidikan, hiburan, pemahaman filsafat, serta hiburan.



2.    BERTANDAK @ BERMUKUN (Kesenian, Kebudayaan, & Hiburan Melayu Sarawak)

KESENIAN
Tarian bermukun adalah tarian ala-ala joget, ditarikan seiring dengan pukulan gendang dan kompang, gesekan biola serta tiupan seruling merupakan seni melayu Sarawak yang diwarisi sejak turun temurun.

KEBUDAYAAN
Bermukun merupakan kesenian yang sering dipersembahankan dan diterap dalam budaya
perkahwinan masyarakat melayu di Sarawak.

HIBURAN
Bermukun juga merupakan hiburan dimana persembahan ini lebih berbentuk keramaian dan terkenal untuk memeriahkan majlis.



3.    OPERA CINA (Kesenian, Kebudayaan, & Hiburan Cina)

KESENIAN
Tarian, lenggok badan dan muzik merupakan seni  dalam persembahan opera cina.

KEBUDAYAAN
berdasarkan budaya kaum Cina, seni persembahan ini merupakan satu saluran bagi menyampaikan nasihat dan memperingati peristiwa-peristiwa serta mitos zaman dulu
kala.

HIBURAN
Opera Cina kini dijadikan hiburan terutamanya dalam sambutan Chinese New Year dan
Hungry Ghost Festival.



4.    ULIK MAYANG (Kesenian, Kebudayaan, & Hiburan Melayu Terengganu)

KESENIAN
Tarian Ulik Mayang ini berasal dari Negeri Terengganu. Dalam kesenian tarian Melayu, tarian ini mempunyai unsur-unsur  pemujaan.

KEBUDAYAAN
Dahulu Ulik Mayang dimainkan sewaktu musim puja pantai. Ianya sebagai persembahan
kepada penunggu laut supaya tidak mengganggu nelayan. Terlebih dahulu mayang pinang dipuja serta digoncang-goncang atas bekas kemenyan. Kemudian mayang pinang tadi akan berpindah tangan dari seorang ke seorang.

HIBURAN
Kini, Ulek Mayang hanya dipersembahkan sebagai hiburan semata-mata tanpa mencampur adukkan unsur khurafat dalam bacaan mantera. Malah, persembahan hanya berlangsung 10 minit berbanding antara 20 hingga 30 minit. Ulek Mayang yang menampilkan persembahan tujuh puteri yang mengubati seorang lelaki yang terkena sampuk. Ada dua versi iaitu versi sekumpulan lelaki bermain sepak raga dan versi sekumpulan nelayan sebelum seorang daripada mereka terkena sampuk.



Tuesday, June 26, 2012

ELECTONIC ARTS AND VIDEO ARTS


Salam kepada semua pembaca...kali nih aku nak share pulak 2 buah video hasil pembelajaran dalam kursus Electronic Arts dan Video Arts...sebelum itu, suka untuk aku kongsikan bahawa Video Arts terbahagi kepada beberapa jenis antaranya eksperimen naratif, video gerilla, seni persembahan, arca video, video kombinasi dan video dalam seni persembahan...pengolahan ataupun penyuntingan video nih adalah menggunakan perisian elektronik dan digital iaitu Adobe Premier Pro....video yang aku n ahli kumpulan hasilkan nih merupakan video seni persembahan....menggunakan teknik stop-motion....mengaplikasikan unsur-unsur seni tampak....so, saksikan..... ^^v

( hello/hi to all my readers....this time, i want to share 2 of my videos which is the result of what i have learned in Electronic Arts and Video Arts course...before that, i would like to explain about Video Arts...it divided into 6 types of video such as experimental narrative, guerilla video, performance art, video sculpture, combine video, and video in performance art....i used Adobe Premier Pro software to do editing phase...2 videos that i want to share were performance art video....used of stop-motion technique...aplicated of visual arts element....so, take a look... ^^v )

01. CELCOM vs DIGI




02. A CUTE LOVE STORY



TQ FOR COMING... =)

Sunday, June 3, 2012

SECOND SEMESTER

hari-hari disini terasa singkat....rasa baru semalam aku mendaftar di gelanggang ini....UNIMAS....kini semester 2 bakal berakhir....sem depan, masok tahun ke2 aku disini...semoga prestasi aku meningkat dari masa ke semasa....i.Allah.....aku berasa amat beruntung dapat program Seni Halus, UNIMAS....dimana pendedahan dan pembelajarannya adalah amat meluas....makin hari, ilmu dan pengalaman makin bertambah...dulu, berbekalkan ilmu yang cetek aku datang ke UNIMAS...kini, kurasakan ilmu kian bertambah...AMIN....ALHAMDULILLAH....dalam post kali ini, aku ingin kongsikan hasil karya ku sebagai seorang anak seni naungan program Seni Halus, UNIMAS......sajian untuk anda, para pembaca.... ^^

(for those international reader, in this post, i would like to share my arts since I'm studying 2nd semester degree in Visual Arts and Techology at University Malaysia Sarawak, UNIMAS....enjoy ur view ^^)

STILL ALIVE 1
medium : oil on canvas
size : A2 
(in learning process)

STILL ALIVE 2
medium : oil on canvas
size : A2
 (more progress)

 FLYING FOXES SKULL SCULPTURE
medium : rod and ring metal
type : welding sculpture
( enjoy welding this =) )

 AQIL FITRI (my niece)
medium : charcoal + carbon
size : A1
(miss him so much)

THE CATTLE
medium : charcoal + carbon
size : A1
(testing my visual skill)
TEXTILE
medium : charcoal + carbon
size : A1
(understanding shadow)


Saturday, April 14, 2012

MY SKETCH

that have been long time for me not updating new post on my blog... all of my days full of duty, work and study that need to fullfit...but for this time, i'll post some of my sketch which i have done since im studying Bachelor in Visual Arts and Technology at UNIMAS...other of my art will be post later...i'll make my blog for my arts exhibition...hope all the viewer enjoy my arts =)



Harry Potter potrait




Taylor Swift potrait

Monday, February 6, 2012

Tanda 100 hari sebelum sakaratulmaut.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

• Tanda 40 hari sebelum hari mati.

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

• Tanda 7 hari.

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

• Tanda 3 hari.

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

• Tanda 1 hari.

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

• Tanda akhir.

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Wallahua’lam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

lain yang menarik :