klik here! nuff

Thursday, August 9, 2012

SULAMAN MANIK !!!

         Assalamualaikum dan Salam Pagi Ramadhan.....wahh...suasana kampong pada pagi nih sgt indah....dengan embun yang menyejukkan badan...emm....terasa sedih plak hati nih...sebab tak lama lagi, Ramadhan bakal melabuhkan tirai....dan bermula semula lah, lembaran aku sebagai seorg mahasiswa....haha....tu mukadimmah jer...hihi...kemain agi mengayat...hahaha....nie admin nak share ngn korang pasal satu blog baru nih....hehe...bukan blog sape2 pun...blog sis admin sendiri...hehe....hari tu sis admin mintak tolong crate 1 blog untuk dia...sbb nak luaskan lagi bisnes sulaman manik dia....mungkin belum ada pape agi dalam blog dia, sbb beeliau belum ada masa lagi untuk operate blog uh....insyaALLAH akn ada perkembangan nanti, in future... ^^ jadi, admin nak mintak tolong korang follow la blog nih k....mane tau anda berminat =)

new blogger yang admin kata kan....



Wednesday, August 8, 2012

FADHILAT SOLAT TERAWIH

Pada entry kali nie plak, admin nak berkongsi pengetahuan berkenaan kelebihan mengerjakan solat tarawih sepanjang bulan Ramadhan....

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., yang merupakan jawapan kepada persoalan para sahabat Nabi S.A.W. berkenaan fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 – Terhapus dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana dia baru dilahirkan.

Malam 2 – Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta dosa kedua oang tuanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 – Malaikat berseru di bawah ‘Arasy supaya mukmin yang bersembahyang terawih agar istiqomah dan semoga Allah mengampunkan dosa mereka.

Malam 4 – Mendapat pahala sama seperti pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 – Allah mengurniakan pahala kepadanya seperti pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Mamur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan agar Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam 7 – Seolah-olah dia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Alaihissalam menentang musuh ketatnya iaitu Firaun dan Hamman.

Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam.

Malam 9 – Allah mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 – Allah S.W.T mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia serta di akhirat.

Malam 11 – terlepas dia daripada dunia (mati), dan bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 – Datang dia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 – Datang dia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 –Malaikat datang menyaksikan dia bersembahyang terawih, serta Allah tidak menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 – Allah S.W.T menuliskan baginya iaitu terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 – Allah mengurniakan orang yang berterawih pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 – Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 – Allah S.W.T menaikkan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 – Allah mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat dengan aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang Masyar).

Malam 23 – Allah S.W.T binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 – Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 – Allah S.W.T menjauhkannya daripada siksa kubur.

Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 – Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan meniti titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 – Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 – Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 – Allah S.W.T memberi penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar.”

Semoga amalan kita dalam bulan ini diterima-Nya..Amin


my art n effort in RAMADHAN 2012 !!!

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan dari admin buat pembaca semua...kali nie admin nak share ngn korang cerita pasal admin dalam bulan Ramadhan tahun nih....walaupun agak busy, admin rasa bersyukur sangat sebab ramadhan terasa diisi dengan benda yang berfaedah....Alhamdulillah.... ^^ ....Ramadhan kali nie, admin isi dengan 3 benda yang berfaedah iaitu :


1. Admin diberi kesempatan dan kepercayaan oleh guru besar Sekolah Rendah Kebangsaan Spaoh, Betong, Sarawak untuk mengajar murid2 TAHUN 6 yang bakal menduduki UPSR tidak lama lagi...kelas berlangsung pada SABTU dan AHAD ja...selama 4 jam sehari..mengajar plak, subjek SAINS, MATH, BM and BI....that y kelas nih disebut sebagai kelas tambahan...haha....nak dijadikan cerita, admin pernah mengajar sebagai guru ganti di sekolah ni suatu ketika dahulu...sebelum melanjutkan pelajaran di UNIMAS...hahah....sebelum tu digelar Ustaz...skrang Cikgu plak...hihihi....syukur gak sbab dibulan mulia nih, berkesempatan untuk berbakti pada anak bangsa...amboi...hahaa



2. Dalam bulan Ramadhan kali nih gak, admin buat perniagaan kecil-kecilan cket....berniaga ice blend utk santapan berbuka puasa...Alhamdulillah rezeki bertambah...dapat la untuk dijadikan perbelanjaan ckit blik UNIMAS nti...hihihi...apapun, ini merupakan
pengalaman...merasa gak makan duit hasil usaha sendiri....lebeh afdal ^^



3. Dalam kesibukan hari-hari admin, sempat gak curi2 masa untuk wat sebuah artwork....xd laa pape sangat...just painting yang menunjukkan pemandangan air terjun ja...walauapapun, artwork nih, admin bagi banyak effort tau....hihi....siapkan dalam masa 3 minggu....secara berperingkat la.... ^^ amacam?? ok x? =)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

lain yang menarik :