klik here! nuff

Monday, July 2, 2012

my DOODLE : baru tahu...hihihi


doodle....doodle....doodle....apa tu? banyak gak yang dok sibuk create2 doodle nih...aku mula tertanya-tanya...doodle tu ape ekh? setelah aku korek dan cari gali dari GOOGLE, aku mula paham apa itu doodle....doodle nih sebenanya beh kurang lakaran secara tak spontan....senang cerita, dia macam lukisan atau contengan yang slalu kita lukis kat buku catatan tu....alah...yang kite2 slalu conteng time dengar ceramah, lecture, taklimat n talk2 tuh....komfem korang sering bawak buku catatan n pen or pensil kan?? then mula r hilang tumpuan n conteng macam2 kat ruangan kosong pada note tuh...hahhahaha...tapi doodle yang kita bincangkan sekarang nih lain...nih doodle yang dah berevolusi daripada manual kepada digital...daripada realiti jadi maya...pendek cerita, dah dialihkan kepada bentuk elektronik...sebab apa? doodle yang ligat orang perkatakan, kena wat sendiri guna perisian dalam pc, iaitu Adobe Photoshop....aku dah siap buat satu....korang plak?? hehe


KESENIAN, KEBUDAYAAN DAN HIBURAN DI MALAYSIA

           Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum.... keunikan terletak pada kesenian, kebudayaan dan hiburan setiap kaum atau etnik...kali nih aku nak share kan serba sedikit :

1.     WAYANG KULIT (Kesenian, Kebudayaan, & Hiburan Melayu Kelantan)

KESENIAN
salah satu puncak seni budaya melayu Kelantan. Budaya wayang meliputi seni peran, seni suara, seni musik, seni tutur, seni sastra, seni lukis, seni pahat, dan juga seni perlambang.

KEBUDAYAAN
Wayang kulit adalah salah satu unsur kebudayaan Melayu peninggalan warisan
yang mengandungi nilai-nilai seni, pendidikan dan nilai yang tinggi dan benar-
benar berharga untuk dipelajari dengan sedalam-dalamnya.

HIBURAN
Budaya wayang, yang terus berkembang dari zaman ke zaman, juga merupakan media penerangan, dakwah, pendidikan, hiburan, pemahaman filsafat, serta hiburan.



2.    BERTANDAK @ BERMUKUN (Kesenian, Kebudayaan, & Hiburan Melayu Sarawak)

KESENIAN
Tarian bermukun adalah tarian ala-ala joget, ditarikan seiring dengan pukulan gendang dan kompang, gesekan biola serta tiupan seruling merupakan seni melayu Sarawak yang diwarisi sejak turun temurun.

KEBUDAYAAN
Bermukun merupakan kesenian yang sering dipersembahankan dan diterap dalam budaya
perkahwinan masyarakat melayu di Sarawak.

HIBURAN
Bermukun juga merupakan hiburan dimana persembahan ini lebih berbentuk keramaian dan terkenal untuk memeriahkan majlis.



3.    OPERA CINA (Kesenian, Kebudayaan, & Hiburan Cina)

KESENIAN
Tarian, lenggok badan dan muzik merupakan seni  dalam persembahan opera cina.

KEBUDAYAAN
berdasarkan budaya kaum Cina, seni persembahan ini merupakan satu saluran bagi menyampaikan nasihat dan memperingati peristiwa-peristiwa serta mitos zaman dulu
kala.

HIBURAN
Opera Cina kini dijadikan hiburan terutamanya dalam sambutan Chinese New Year dan
Hungry Ghost Festival.



4.    ULIK MAYANG (Kesenian, Kebudayaan, & Hiburan Melayu Terengganu)

KESENIAN
Tarian Ulik Mayang ini berasal dari Negeri Terengganu. Dalam kesenian tarian Melayu, tarian ini mempunyai unsur-unsur  pemujaan.

KEBUDAYAAN
Dahulu Ulik Mayang dimainkan sewaktu musim puja pantai. Ianya sebagai persembahan
kepada penunggu laut supaya tidak mengganggu nelayan. Terlebih dahulu mayang pinang dipuja serta digoncang-goncang atas bekas kemenyan. Kemudian mayang pinang tadi akan berpindah tangan dari seorang ke seorang.

HIBURAN
Kini, Ulek Mayang hanya dipersembahkan sebagai hiburan semata-mata tanpa mencampur adukkan unsur khurafat dalam bacaan mantera. Malah, persembahan hanya berlangsung 10 minit berbanding antara 20 hingga 30 minit. Ulek Mayang yang menampilkan persembahan tujuh puteri yang mengubati seorang lelaki yang terkena sampuk. Ada dua versi iaitu versi sekumpulan lelaki bermain sepak raga dan versi sekumpulan nelayan sebelum seorang daripada mereka terkena sampuk.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

lain yang menarik :