klik here! nuff

Thursday, January 26, 2012

KEAGUNGAN CINTA SHAH JAHAN

Entah terdetik pada hati ku ini, ingin merungkai sejarah TAJ MAHAL, keagungan cinta Shah Jahan dan Mumtaz...betapa hebat nya cinta mereka sehingga menjadi bualan semua manusia di bumi....ceritanya bermula disini...



Tahun 1631 bersamaan dengan tahun ke-1040 Hijrah, matahari terik memancar,panas dan kering, Mumtaz yang sarat berbadan 2 buat kali ke-14 dan menunggu waktu untuk melahirkan anak memandang sayu suasana sekeliling. Dia berusia 38 tahun. Pada ketika itu, Mumtaz merasakan ada sesuatu yang tak kena pada kandungannya.

Shah Jahan dan Mumtaz menhabiskan masa terluang dengan bermain catur...

tiba-tiba...

"Argghhhhhh....."
Keadaan mula menjadi cemas. Shah Jahan dan Mumtaz melupakan permainan catur yang sedang dinikmati. Mumtaz mengerang kesakitan. Darah terus menerus keluar tanpa henti dan membuatkan Mumtaz menjadi semakin lemah. Shah Jahan bertindak pantas dengan memanggil semua doktor-doktor yang ada ketika itu. Namun, doktor-doktor yang dibawa waktu itu juga tidak mampu melakukan apa-apa.

Keadaan Mumtaz ketika itu seolah-olah seperti telur di hujung tanduk, dalam waktu itu, Mumtaz membisikkan sesuatu di telinga suaminya, "Shah Jahan....peliharalah cinta abadi kita dan janjilah padaku untuk tidak berkahwin lagi...."

Sebagai permintaan terakhir, Mumtaz mahukan sebuah tempat persemadian yang indah, umpama mahligai di dunia, yakni sama seperti apa yang pernah hadir dalam mimpinya. Tidak lama kemudian, Lahirlah seorang puteri. Namun, saat itu jugalan Mumtaz menghembuskan nafas terakhir.

Mumtaz kini tiada lagi, telah meninggalkan Shah Jahan. Shah Jahan rasa sedih atas pemergian cinta sejatinya. Kehidupan Shah Jahan tidak terurus dan seperti hilang arah. Selama 2 tahun Shah Jahan menyepi diri dan yang bermain di fikirannya adalah bayangan mahligai yang menjadi permintaan terakhir oleh isteri tersayangnya, Mumtaz.

Pada ketika Shah Jahan mendiamkan diri itu, dia mencari dan memikirkan batu-batu permata dan kain pakaian yang sesuai untuk dikenakan bagi mengingati pemergian Mumtaz.

Shah Jahan memanggil tukang seni dari segenap pelosok, antaranya adalah Amanat Khan, seorang seniman kaligrafi terkenal dari Shiraz, Iran. Amanat Khan merupakan satu-satunya individu yang dibenarkan oleh Shah Jahan memberi sentuhan kaligrafi pada tembok dan dinding Taj Mahal.

Taj Mahal menjadi antara kemegahan empayar Moghul dan dihormati seluruh dunia.

Namun...

Kerana kepentingan strategiknya, ramai yang cemburu dan ingin memiliki Taj Mahal. Lebih tragis, perebutan itu adalah berpunca dari Aurangzeb, anak kepada Shah Jahan sendiri.

Ketika hayat Shah Jahan (sepanjang usia 73 tahun), beliau sempat melihat anak-anaknya bergaduh sesama sendiri. Aurangzeb membunuh dua adik-beradiknya dan beberapa orang lagi cucu Shah Jahan. Dan bertindak memenjarakan Shah Jahan.

Shah Jahan menghabiskan sisa hidupnya di dalam kurungan penjara di Kota Merah, tidak berapa jauh dari Taj Mahal. Dari kota Merah itulah Shah Jahan mejalani hari-hari terakhir dengan merenung ke luar jendela. Melihat sungai Jumna yang mengalir lesu. Dan meratap dalam kesedihan ketika melihat Taj Mahal.

Apa yang sepatutnya menjadi satu mahligai yang suci dan lambang cinta agungnya kepada Mumtaz telah bertukar menjadi bencana besar bagi empayar Moghul. Kekuasaan, ketamakan dan nafsu adalah perkara yang sudah lama mencemari Taj Mahal. Tiada siapa mengetahui apa yang dirasakan oleh Shah Jahan ketika menghembus nafas terakhir. Tetapi, kesedihan jugalah yang menjadi teman paling akrabnya waktu itu.

Untuk kita yang masih hidup pada hari ini, Taj Mahal sekurang-kurangnya mengingatkan kita bahawa di dunia ini masih ada sebuah lagi tugu cinta yang menjadi simbol kepada kehidupan yang sepatutnya menjadi lebih baik.

Cinta masih mekar di hati Shah Jahan dan Mumtaz Mahal. Begitu jugalah hendaknya kepada seluruh umat manusia.


 
SHAH JAHAN

 MUMTAZ MAHAL
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

lain yang menarik :