klik here! nuff

Tuesday, January 17, 2012

IBU DAN KERAK NASI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua....pagi nih, pada pukul 05:43 pagi, 18 Januari 2012,aku nak kongsi sebuah cerita...harap jadikan tauladan dan renungan... ^^V...njoy ur reading... =)

 Ibu duduk didepan pintu, merenung indahnya vista senja yang melayangkan fikiran...ingatan ibu mula memutar pita silam kenangan bersama anak-anak tersayang...ibu ingat lagi, belakangnya bengkak melindungi Along dari serangan tebuan, mata nya merayu menegakkan angah tidak bersalah ketika dituduh mencuri buah duku pak Anas, ketika menjahit baju achik yang koyak sebelum pergi ke sekolah, menitiskan peluh memboncengkan adik ke tadika....dan menyediakan nasi goreng kesukaan anak-anak ibu....


Kini...Along, Angah dan Achik, semua dah berjaya...jadi orang berguna...tinggal pulak adik yang masih berjuang bermain minda dengan SPM...



Namun, HIDUP TAK SEINDAH IMPIAN...impian ibu membesarkan anak, demi membela hidup nya kelak nampak pudar untuk dipersembahkan...hidup ibu dan adik di desa tetap tidak terbela dan serba kekurangan...dek kerana terlalu busy dengan kerja, Along, Angah n Achik jarang menghubungi ibu...seolah-olah mengabaikan ibu, dan lupa akan ibu...adik perasan akan kesedihan yang ibu alami...lalu berjanji sentiasa menyokong, menjaga dan menjadi sumber kekuatan bagi ibu....


Raya Aidilfitri bakal menjelma...ibu teringin sekali berbuka puasa bersama semua anak-anak, walaupun sekali dalam Ramadhan...telah beberapa kali ibu cuba menghubungi Along, Angah, dan Achik...namun tidak berjaya...adik berusaha menulis surat kepada Along, Angah n Achik bagi menyampaikan hasrat ibu....namun tidak punya jawapan...



Suatu ketika di pagi Raya....
Ibu dan Adik dikejutkan dengan deruman dua buah kereta mewah, betul-betul di halaman pondok usang milik mereka....ibu dan adik melihat kelibat Along n Achik keluar dari kedua-dua buah kereta tersebut...adik melihat wajah ibu yang betul-betul girang dan terkejut dengan kedatangan kedua-dua anak nya itu...Hati ibu mana yang tak gembira bila bertemu anak yang dah lama tidak di tatap... ternyata usaha adik mengutuskan surat telah membangkitkan seri pada wajah ibu....



TAPI....



"mana angah?angah tak balik ka?"...itu lah soalan pertama yang terpacul dari mulut ibu...namun, Along dan Achik tidak menjawab, sebaliknya minta izin untuk naik terlebih dahulu....



Pagi itu, hanya juadah sederhana sahaja yang mampu ibu sajikan kepada anak-anaknya...naiknya Along n Achik ke rumah, ibu terus bergegas ke dapur...membuka periuk nasi...lalu menggorengnya sama seperti yang selalu ibu sediakan suatu ketika dahulu...ibu nampak gembira sekali menyediakan juadah tersebut, dengan mencurah segala rasa kasih dan sayang...



selesai menyediakan juadah tersebut, ibu terus menghidangkan nya....kelihatan Along, Achik n Adik begitu selera sekali menjamu nasi goreng dari air tangan ibu...


Sekali lagi...



"mana angah?angah tak balik ka?" soalan terpacul dari mulut ibu...Along memberanikan diri memberitahu bahawa "ibu...Angah sekarang ada di Paris, tengah bebulan madu dengan isterinya...mereka baru ja  kawen 2 mggu yang lalu..."....adik melihat air muka ibu mula berubah, namun digagahnya juga untuk senyum...ternyata ibu betul-betul tabah...cuba menyembunyikan perasaan tergurisnya untuk  memastikan Aidilfitri anak-anak nya cukup bermakna...tanpa menghiraukan perasaan tersebut, ibu terus menjemput Along, Angah n Adik makan nasi goreng yang disediakan...sehinggalah....habis, tanpa sebutir nasi pun...ibu seronok melihat anak-anak nya makan...ibu tahu, Along n Achik benar-benar rindu masakan ibu....selepas makan, ibu pun borak-borak dengan Along, Achik n Adik...masa yang ada, ibu manfaatkan bergurau senda dengan anak-anak...kerana sekejap nanti, Along n Achik akan pulang semula....



selepas Along n Angah balik...



ibu pergi ke dapur....Adik kehairanan melihat telatah ibu, lalu memerhati ibu dari belakang, disebalik pintu dapur....dilihat adik, ibu tengah mengikis sisa-sisa nasi yang ada dalam periuk...baru adik teringat bahawa ibu belum lagi menjamah sebutir nasi pun sejak awal pagi tadi....apa yang penting, anak-anak ibu makan dan dapat menyambut Aidilfitri dengan gembira...dilihat adik, ibu sedang tersenyum...dengan...air mata yang mengalir....Ya Allah, mulia nya hati seorang ibu...Masya-ALLAH... =( Ya Allah...Engkau tempatkanlah ibu dikalangan orang2 yang beriman dan mulia disisi-Mu...Amin Ya Rabbal A'lamin...

2 comments:

  1. sedih ... teringat kat mak aku la weyy ..tp ko silap tulis sikit ..try cek balik ... achik tertukar jd angah pulak ..

    teruskan update ok !

    ReplyDelete
  2. oh...yaka...sory2...pasni chech balik...btway, tq... ^^v

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

lain yang menarik :