klik here! nuff

Sunday, February 24, 2013

Akan Sentiasa, Kerana Pernah...TQ ALLAH

Assalamualaikum smua pembaca...

Apa khabar semua? harap2 sihat walafiat...bersyukur pada-NYA kerana masih diberi peluang merasai nikmat bernafas di dunia lagi...

dalam kehidupan ini, banyak yang telah aku lalui...perkara sakit yang xpernah aku cerita pada sesiapa pun di dunia ini...

namun, kesakitan yang aku rasa kini adalah kesakitan yang teramat sehingga tidak tertanggung oleh ku....

sekarang merupakan tempoh yang sangat sakit n berat bagi aku...apa yang terjadi benar2 menguji kekuatan hati dan iman...apa2pun aku berterima kasih kepada Allah kerana pernah menghadirkan rasa kecintaan dan sayang aku terhadap dia, walaupun hanya sementara....

banyak perkara bodoh yang aku lakukan semata2 mencari ketenangan jiwa, namun akhirnya, pada ALLAH jua aku mengadu....aku percaya bahawa Allah maha Penyayang dan Pengasih...masalah hati yang dihadapi terasa sangat berat, maseh blom dapat aku hindari dan hilang dari diri walaupun aku sering mengadu pada-NYA...namun aku percaya, Allah sentiasa berada disisiku, blum membenarkan lagi aku untuk melupakan rasa sayang dan cintaku terhadap dia, malah  menambah rasa dari hari ke hari....aku yakin, Allah tentukan sesuatu untuk aku....

aku punya banyak usaha untuk melupakan masalah nih, menghindari dari memikirnya...sehingga satu tahap, aku lakukan perkara yang menyakitkan diri sendiri....namun bila difikirkan, ALLAH sengaja membiarkan aku ingat rasa sayang pada dia, membiarkan dia sentiasa bertandang dihati dan bersiar diminda....

BIARLAH AKU SENTIASA MENYAYANGI DAN MENCINTAINYA...DENGAN ITU, AKU AKAN BAHAGIA....AKU REDHA ALLAH MEMBIARKAN AKU UNTUK TIDAK MELUPAKANNYA, WALAU KITA TIDAK SEPERTI DULU LAGI...MUNGKIN ALLAH WUJUDKAN RASA INI UNTUK MEMBERIKAN KEBAHAGIAN KEPADA AKU...terima kasih ALLAH....

awak yang disana,

saya akn sentiasa menyayangi awak, kerana pernah menyayangi saya....saya akn sentiasa merindui awak, kerana pernah merindui saya....saya akn sentiasa menghargai awak, kerana pernah menghargai saya....dan SAYA AKAN SENTIASA ADA UNTUK AWAK, KERANA PERNAH ADA UNTUK SAYA =)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

lain yang menarik :